Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Harap berada dalam keadaan yang baik.
Baiklah saya ingin berkongsi hanya 1 tips hari ini iaitu tip
"Gandakan Kegagalan Anda". Yer.. mesti anda mengatakan Labanon sudah
gila kerana suruh orang gandakan kegagalan bukanya kejayaan.
Baiklah saya ingin tanya anda... bila anda nak berjaya biasanya apa
yer yang anda perolehi? Kebiasaanya orang yang ingin berjaya akan
peroleh pelbagai rintangan dan kegagalan sebelum mereka benar-benar
berjaya. Baiklah cuba anda renungi kata-kata pengasas syarikat
gergasi IBM:
"Gandakan Kegagalan Anda dan Anda Pasti Menjumpai Kejayaan Dengan Pantas"
Sebenarnya setiap kegagalan yang diperolehi adalah ilmu. Ilmu yang
membuatkan kita tahu bahawa bila kita lakukan lagi perkara yang sama..
kita akan gagal! Ilmu ini juga amat berguna dan setiap insan yang
berjaya di dunia ini pasti ada kisah kegagalan mereka sendiri walaupun
sehebat mana beliau. Donald trump? Ada kegagalanya. Bill Gates? Ada
kegagalanya. Zhafran(partner saya)? Ni banyak benor kegagalanya haha!
sekian
Labanon,
http://MajalahIM.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment